Herbalife untuk langsing dan sihat

Image and video hosting by TinyPic
Nama anda:
No Telefon:
Email:
Adakah anda sudah menjadi ahli Herbalife dalam tempoh 2 tahun lepas:
Ya
Tidak
Anda berminat untuk:
Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Improve masalah kulit
Tambah tenaga
Jana pendapatan tambahan
Maklumat tambahan tentang kesihatan anda:
Lokasi anda:

Thursday 28 November 2013

The Birth Story of Raisha Adelia

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum! Hai korang semua! :) Yay! Aku dah habis pantang! Terus rindu nak mengandung lagi! Hahaha! Okay! Gurau je! :p


VS


Dah kenapa aku letak gambar Avillion Port Dickson VS Az-Zahrah Bandar Baru Bangi ni? Haaa! Memang confuse sangat! Jom baca aku bebel kat bawah ni. :D 




Sepatutnya antenatal check-up dengan gynae aku hari Jumaat, 4 October 2013. Tapi aku decide awalkan sehari which is Khamis, 3 Oktober 2013 sebab nak pergi Port Dickson for our babymoon at Avillion punye pasal. FREE Herbalife bagi! Alhamdulillah! :D Hati dah berbunga-bunga riang nak sweet-sweet dengan husband kat sane before baby keluar. Both of us dah plan macam-macam aktiviti nak buat kat sane. Yayy!

So, malam Rabu, 2 Oktober,aku dah start rase pelik. Perut mengeras lain macam je dengan pelbagai bentuk (menggunung, menyenget ke kiri dan ke kanan) dan sakit belakang yang teramat!  Tapi aku ignore sebab aku yakin tu Braxton Hicks! (LOL) :D Plus takde pape tanda macam darah or leaking air ketuban. Mom's instinct! Heee. The worst malam tu aku tak bole tidur pun sebab sakit pinggang dan berulang-alik pegi toilet (ade lah lebih 10x). Susah nak explain keaadan aku time tu! Pergi toilet sbb sakit perut macam nak poo poo tapi tak pun keluar. :S Aku assume sebab makan cili api banyak siang tu. Yelah aku layan Kuey Tiew sup kot! Haha! Yang paling geram aku mengantuk gila tapi tak boleh nak tidur sampaikan aku rase nak tumbuk-tumbuk husband yang lena kat sebelah time tu. Arghhh! Dush! Akhirnya dalam 5am aku pun tertidur.

So, as usual tengahari tu aku pergi antenatal check-up macam biasa. Check-up paling happy lah aku rasa sepanjang  pregnant ni! Sebab hati memang dah sampai Port Dickson. Kekeke :D Masuk bilik gynae mcm biasa she will scan the baby (baby 2.97kg time ni). Then, explain a lil bit and will remind me about all the sign kalau dah nak deliver bla bla bla bla. The end! Tapi sebelum keluar aku pun share lah apa yang aku rasa malam tadi. Apa lagi gynae aku pun cakap itu pun tanda nak dekat tu sambil senyum tenang. Aku lak yang cuak!

Aku pun disuruh baring semula, check-check baby dah engaged. Check-check lagi dah dilated 3cm rupanya! Gynae suruh buat CTG lepasni. Aku dengan husband pun berkerut-kerut dahi terkejut. Walaupun aku dah ready sepenuhnya anak deliver, tapi... Hahaha! Gynae cakap lagi, 12am warded. Esok bersalin! Boleh lah balik, makan-makan dan packing! Amboiii! bersalin terus! Dalam kepala aku, macam mana babymoon niii! T.T

Boleh tak aku dah keluar dari bilik gynae,  boleh masuk balik tanya "Doktor, agak-agak bole ke tunggu sampai hari Ahad baru bersalin? Boleh?". Hahaha! Korang tau lah jawapan gynae tu ape :p

Time CTG aku siap gelak2 bagai. Sebab tak percaya dah nak bersalin! Nurse tanya sakit tak? Contraction dah kerap ni. Dengan senyuman, aku jawab tak! :D Then, kiteorg balik! Lapar!!!




trademark Herbalife tak dilupakan! :p

Aku pun request nak makan Pece Lele lepastu sebab nak makan sambal pedas punye pasal. (rindu okay nak makan sambal belacan sekarang ni!!!) Time lunch tu memang tak tenang langsung! Aku nak sangat pergi Port Dickson tu! Erghhh ! Tak tenang pun, aku order nasi sampai extra! Haha!

Nak solat Maghrib, tetiba ade spot. Oh yes! bloody spot. Terus rase macam, betul-betul nak keluar baby ni. Hahaha! Cuak je sebenarnya :p Padahal tu mungkin darah time gynae check tadi.

Teruslah siap-siap pegi hospital. Buat CTG lagi sekali and warded sambil tunggu bukaan seterusnya. At that time, memang tak rasa sakit langsung. So, tidur lah dalam ward malam tu. Syukur husband sentiasa di sisi :')

Keesokannya, lepas Subuh nurse pesan dah siap-siap nanti masuk labour room (LR) ye. Aku pun cakap dengan husband, nak buat ape masuk LR awal-awal ni. Huuu. Nevous punya pasal. Yelah first time! 8am kiteorg pun masuk. Masuk LR macam check-in hotel je aku rase. Aku bukan buat ape pun tapi tengok tv sambil follow-up customer. Siap request bihun lagi kat nurse. Padahal dah breakfast shake Subuh tu! Hahaha!

Paling lawak, nurse cakap die confuse dgn aku. Contraction dah kerap tapi muka aku tak melambangkan kekerapan dan kesakitan tu. Serius takde rasa sakit pun time tu. :S

Lepastu, doktor check still dilated 3cm. Okay! Aku memang stagnant kat 3cm sampai bukaan 5cm. Then, doktor pecahkan air ketuban. Tetiba je bush keluar air! Time tu memang rasa macam ada hujan je kat miss V tu. Sampai cakap kat nurse, "Eh! saya dah terkencing ni? Noob sangat --" LOL!

Lepastu memang laju je dilated to 6cm. Still takde rasa sakit tu. Aku pun tak henti2 baca surah Maryam sejak masuk LR. Aku siap boleh take a power nap gak time tu. Terjaga dari tidur, terkejut tengok kawan aku datang visit. Borak lah kejap since kawan aku pun tengah pregnant jugak! Die nak ambik feel uols! (You know who you are :D Thanks babe!)

Time dah 7cm tu, aku tahan 4x rasa sakit macam nak poo poo tu. Bukan budget kuat. Tapi confuse! Last-last sakit yang ke-5 aku cakap kat husband, aku dah tak tahan ni boleh tak nak tekan button panggil nurse? OMG! Sakitttttt! (Baru kau tau sakit kan! :p)

Nurse pun masuk, check kat CTG dah makin tinggi kekerapan contraction. Nurse pesan jangan push dulu.What?! Tapi kenapa? Sebab nak tunggu gynae on the way naik kejap. OMG! Dieorang ni buat ape lagi ni, aku nak poo poo ni. Bukan nak bersalin pun lagi. (Nada geram) Hahaha! Boleh cakap macamtu dekat nurse :p Confuse aku dengan tindakan aku time tu kalau ingat balik! Yelah dieorang sibuk prepare macam2  kat depan akutime tu. Serabut aihhh! Gynae pun masuk buat check dah dilated 10cm! Woah! Baby is cominggg!

The games begin!

Time ni lah baru aku tahu apa itu erti sakit! Yes! Sakit bersalin!  Hehee. Speechless! Memang sakit! T.T Alhamdulillah, husband sentiasa ada kat sebelah, dia lah "ketua cheerleader" terbaik!. Assist aku time breathing, penahan belakang aku, bagi aku minum NW Formula. Paling tak tahan, siap cakap "Sikit je lagiii sayang! Kepala dah nampak tu" (aww! sweet sangat :p) At this time memang aku all out! Sekali asal tak rasa pape bende keluar? Rupanya tali pusat baby terbelit dah. Sekali lagi gynae suruh breathe out loud sebab baby dah lemah sikit, aku takut baby kene vacuum or anything je. (Banyak sangat baca birth strory kat group punya pasal) Aku pun all out sekali lagi, tadaaa baby meluncur keluar. Paling best, rasa macam sosej keluar jugak! Uri rupanye! (Noob lagi sekali) Hahaha! Alhamdulillah! Subhanallah! Baby yang kat depan mata aku ni,anak aku! :'D A beautiful moment indeed :'D I fell in love again :'D Terus takde pun  rasa "pain" tadi tu. Pengalaman 6 jam yang akan aku rindui.

Baby pun di azankan. Allahuakbar!

Raisha Adelia Binti Mohd Redzwan - 4 Oktober 2013 - 1:56pm - 2.51kg - 50cm

30 minit lepastu, bonding and breastfeeding session for the first time! Syukur, everything went well. Serius rasa "keibuaan" tu muncul at that time. Heuheu.

"keibuaan moment"

There is nothing I can say except alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah with me and Allah made it  easy for me. Macam apa yang aku doakan. Syukur! :'D

Chup! Chup! Chup! Sebenarnya daripada first scan nak confirmkan aku ni pregnant, aku pesan kat baby keluar awal ye. 2minggu awal tau instead of 17 Oktober 2013 (EDD) Heee. So, Raisha Adelia ni anak yang mendengar kata sebab dari awal pregnancy lagi mommy pesan keluar masa 38weeks. Thanks baby!

So, that's it! That's Raisha Adelia's birth story.

 assalamualaikum dunia!

Apa-apa pun, kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan segala. No matter how you deliver your baby, Allah has promised a great return for us, mommies. Niatkanlah segala usaha kita kerana Allah. Setiap orang ada rezeki masing-masing.

thank you Allah! i love Herbalife!
KIRI: dalam ward KANAN: dalam labour room lepas bersalin

So, berusahalah bermacam-macam dan tawakal.
Wishing all expecting moms the best!
Jumpa di next entry!
Wassalam.

thank you semua yang datang visit!



SIHAT BERTENAGA KETIKA MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSU?
017 6973061
anissyazanaherbalife@gmail.com

1 comment :

  1. Peh!serius lagi baca..walaupun panjang gler cter nyer..sgt best...tu la org kata kan pengalaman dan pengorbanan seorang perempuan tuh..:) RA yg sgt tomey.. :)

    ReplyDelete